Saturday, November 21, 2026
HomeBERITA'Apa yang berlaku sekarang adalah karma buat individu terbabit' - Caprice

‘Apa yang berlaku sekarang adalah karma buat individu terbabit’ – Caprice

“Wallahi (sumpah) atas nama ibu dan bapa saya, sejak isu Gaza, saya dah kenal siapa sebenarnya lelaki ini.”

Penyanyi Rap, Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, terus melakukan pembongkaran demi pembongkaran membabitkan seorang pendakwah terkenal.

Caprice menerusi InstaStory, percaya apa yang berlaku sekarang adalah karma buat individu terbabit.

“Sebab itu saya marah dan beremosi. Saya percaya apa yang berlaku sekarang adalah apa yang kita panggil sebagai karma.

“Sejak tiga bulan, hidup saya sangat mencabar. Saya tidak mahu bersikap buruk tetapi saya sangat-sangat gembira sekarang. Bayangkan kalau semua ini tidak berlaku, siapa yang akan percayakan saya? Tiada sesiapa,” tulisnya.

Dalam satu hantaran di Instagram Carprice berkongsi suatu video memaparkan seorang wanita melafazkan sumpah laknat bagi menjelaskan kebenaran bahawa anaknya menerima gangguan seksual daripada seorang penceramah terkenal.

 

Terdahulu dalam Instastory, Caprice turut cakna bahawa dalam Islam, memfitnah itu lebih berdosa dan teruk daripada membunuh.

Katanya, dia sudah penat ke mana-mana dengan pengawal keselamatan disebabkan ugutan bunuh yang diterima sejak meletusnya isu berkenaan.

“Sebelum ini berapa banyak kes artis curang dengan bini (isteri) mereka dengan (pendedahan) satu gambar atau video, kalian semua kecam, hentam dan tularkan tapi apabila melibatkan (orang) kes ini, husnuzon (bersangka baik).

“Kalau satu seinci nilai Islam dalam diri orang ini, saya cuma nak dia beritahu Malaysia kebenaran yang kita tak pernah fitnah dia.

“Sebab kenyataan (apa yang dibongkarkan), kita yang kena kecam teruk dan diugut bunuh. Kalau dia cakap benda yang benar, then i’m done (tugas saya selesai).”

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran status terkini Instagram, Caprice terus memberi kenyataan sarkastik namun penuh pengertian.

Ujarnya, taksub dengan prinsip tidak mengapa namun janganlah sampai bersifat taksub dengan manusia.

“Kalau anda nampak seseorang curang dan mempertahankannya dan anda orang Islam, anda bodoh.

“Kalau anda nampak sesuatu salah dan mempertahankan kesalahan yang dilakukan dan anda orang Islam, anda bodoh.

“Untuk saya, Allhamdulillah untuk segalanya yang semakin jelas (kebenarannya) hari ini. Insya-Allah, selepas banyak penderitaan, ugutan, penipuan dan kebutaan, akan ada keadilan,” katanya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments