Thursday, November 19, 2026
HomeBERITAAktiviti keagamaan di masjid dan surau di Terengganu dibenarkan

Aktiviti keagamaan di masjid dan surau di Terengganu dibenarkan

Bermula hari ini, semua aktiviti keagamaan di masjid dan surau di seluruh negeri Terengganu dibenarkan.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Osman Muda berkata kebenaran itu diberi susulan peralihan Terengganu ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 17 September lalu.

“Selain itu, majlis akad nikah di masjid, surau dan premis persendirian juga dibenarkan dengan mengikut garis panduan yang akan dikeluarkan oleh JHEAT manakala majlis akad nikah di Pejabat Agama Daerah dibenarkan bagi kes-kes tertentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan solat hajat dan bacaan surah Yasin setiap malam Jumaat.

Pada hari Jumaat pula, semua imam dikehendaki membaca teks doa qunut nazilah dalam solat Jumaat dan doa mohon dijauhi daripada wabak penyakit yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Kebenaran juga diberi kepada semua institusi pondok, madrasah dan pusat tahfiz yang berdaftar dengan JHEAT untuk menjalankan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka tertakluk kepada SOP Kementerian Pendidikan (KPM).

Datuk Osman berkata, masjid dan surau yang dikenakan arahan penutupan mengikut Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) pula tidak dibenarkan melaksanakan sebarang aktiviti sepanjang tempoh penutupan.–THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments