Monday, May 27, 2024
HomeBERITATERKINIHina Permaisuri Agong, Polis dan SKMM perlu lebih tegas

Hina Permaisuri Agong, Polis dan SKMM perlu lebih tegas

Pergerakan Wirawati Parti Putra Malaysia menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM mengenakan tindakan tegas ke atas beberapa pengguna laman sosial yang dilaporkan telah mengeluarkan kenyataan berbaur cercaan serta penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah.

Ketua Wirawati Putra Malaysia, Dr. Asmah Razalli berkata, tindakan yang disifatkan terlalu biadab tidak sepatutnya dibiarkan dan boleh dianggap satu penderhakaan kepada institusi raja di negara ini.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu juga telah mengguris perasaan rakyat Malaysia khusus Bangsa Melayu.

“Sayap Wirawati PUTRA Malaysia menegaskan bahawa tindakan sewajarnya perlu diambil oleh pihak PDRM dan MCMC ke atas rakyat Malaysia yang terlalu biadap, keterlaluan dalam mengeluarkan kenyataan yang berbaur cercaan serta penghinaan terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah”, katanya ketika ditemubual The Malaya Post.

“Mereka dan amnya Rakyat Malaysia perlu belajar di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung, kerana hanya di Malaysia perkara sebegini berani dipersoal dan diperdebatkan, jika di negara jiran atau lain hukuman penjara atau yang lebih berat”, katanya.

Tambah Dr Asmah, kerajaan Malaysia Baharu seharusnya lebih peka dalam kesaksamaan dan bukannya bertindak pilih bulu.

“Sayap Wirawati PUTRA Malaysia inginkan kesaksamaan daripada kabinet Malaysia terutama MCMC yang cukup laju membuat kerja menyoal siasat mengenai aduan awam ibu bapa terhadap salah guna pentadbiran sekolah tetapi tidak menjalankan kerja yang cepat untuk menyelidik mahupun menjalankan sisasatan terhadap para pengguna akaun media sosial yang cukup biadap menghina Raja Permaisuri Agong yang kami kasihi. Di mana intergriti dan taat setia sebagai rakyat Malaysia?”, katanya.

“Sepatutnya kerajaan Malaysia Baharu lebih beria-ia menanamkan semangat taat setia terhadap Institusi DiRaja serta mengajar perpaduan sebenar dalam keharmonian dengan penuh ketegasan serta mengambil tindakan jika terdapat mana-mana pihak berniat jahat mengusik kesucian Institusi Raja Berperlembagaan”, katanya.

Dalam isu sama beliau berkata Wirawati PUTRA berjanji taat setia akan bersama-sama dan tidak akan membiarkan Raja Permaisuri Agong berseorangan dalam memartabatkan tulisan jawi, Bahasa Melayu dan warisan Malaysia.

“Dalam hal ini, Pergerakan Wirawati berjanji tidak akan biarkan Raja Permaisuri Agong berseorangan dalam memartabatkan warisan bangsa sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan”, katanya.

Kelmarin, halaman Facebook menjadi medan netizen bertindak biadab dengan menghina Tunku Azizah dengan panggilan ‘nenek sihir rasis’.

Cercaan pemilik Facebook menggunakan nama Nengtung Ting itu dipercayai susulan tindakan baginda menggunakan tulisan jawi di Twitter sebagai usaha memperkasakan tulisan berkenaan.–THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments