Thursday, May 30, 2024
HomeBERITATERKINIAlahai comelnya, kanak-kanak ini ditemui orang awam, polis kesan penjaga

Alahai comelnya, kanak-kanak ini ditemui orang awam, polis kesan penjaga

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan ibu bapa atau penjaga kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui orang awam di Jalan Taman Megah 2A, Taman Megah, Kajang, kira-kira jam 2 petang tadi.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata kanak-kanak dianggarkan berusia dua tahun itu berkulit cerah dengan rambut lurus, selain memakai baju-T dan seluar panjang berwarna hitam.

“Kanak-kanak perempuan itu berada dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di Hospital Kajang untuk menjalani pemeriksaan fizikal secara menyeluruh sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Orang ramai yang ada maklumat berkaitan boleh terus tampil ke mana-mana balai polis terdekat.

“Mereka juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Nurfaezatul Akma Rofiee, melalui talian 017-5443931,” katanya dalam satu kenyataan.

Semoga dipermudahkan urusan anak ini. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments