Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAHikmah PKP, normal baharu ke arah kehidupan lebih baik

Hikmah PKP, normal baharu ke arah kehidupan lebih baik

‘Curfew’ atau pelaksanaan larangan bagi kanak-kanak keluar pada waktu malam bertujuan mencegah dari berlakunya masalah sosial.

Cadangan ini pernah diutarakan, namun ia TIDAK dapat dilaksanakan berikutan terdapat banyak limitasi dan tiada komitmen dari semua pihak bagi memastikan ia mampu direalisasikan.

Namun, sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), membuktikan ia bukan suatu perkara yang mustahil untuk dipraktikkan.

Hari ini, kita dapat saksikan aktiviti melepak, basikal lajak dan pelbagai masalah sosial telah berjaya dikurangkan.

Curfew bukanlah satu-satunya kaedah untuk mengurangkan masalah gejala sosial dikalangan kanak kanak dan remaja, namun ia terbukti sangat efektif mencegah masalah yang kian membimbangkan di kalangan masyarakat.

Peraturan ini BUKAN berniat untuk menghukum kanak-kanak mahupun remaja, tetapi ia salah satu langkah melindungi generasi masa hadapan terlibat dengan aktiviti tidak sihat.

Diharap, sekiranya tempoh PKP berakhir suatu hari nanti, kanak-kanak dan remaja terus kekal ‘bersih’ tanpa terlibat dengan gejala tidak sihat dan berbahaya.

Ibu bapa berperanan penting dalam memantau aktiviti anak-anak dan sentiasa perlu memberi perhatian terhadap anak-anak.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2634749090148280&id=1712327752390423

– THE MALAYA POST –

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments