Saturday, May 11, 2024
HomeBERITAKetahui simptom penyakit Kawasaki

Ketahui simptom penyakit Kawasaki

Belum lagi reda kebimbangan ramai terhadap wabak COVID-19, kini dikejutkan pula dengan penularan penyakit Kawasaki yang lebih mudah dijangkiti oleh kanak kanak berusia bawah lima tahun dan penyakit ini sangat jarang berlaku kepada orang dewasa.

Memetik perkongsian dari laman Facebook seorang petugas kesihatan di Hospital Muar, Redza Zainol telah berkongsi cara- bagaimana mengesan jangkitan Kawasaki kepada kanak-kanak.

“Negara seperti Perancis, UK, Itali dan Amerika melaporkan peningkatan kluster kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda penyakit Kawasaki (Kawasaki Disease) dan pada masa yang sama positif COVID-19, keadaan mereka lebih tenat berbanding pesakit yang lain,” kongsinya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2862075930572916&id=100003116122015&sfnsn=mo

Penyakit Kawasaki ialah demam yang melibatkan beberapa organ terutamanya jantung kanak-kanak bawah lima tahun.

Selain dari demam melebihi lima hari, terdapat beberapa tanda lain yang boleh diperhatikan, antaranya ialah :

1- Bengkak kelenjar limfa pada leher

2- Tompokan kemerah-merahan pada lapisan conjunctiva kedua-dua mata

3- Perubahan pada lapisan mukosa oropharynx (contohnya red lips, dry fissured lips dan strawberry tongue)

4- Sedikit bengkak dan/atau kemerahan pada penghujung jari tangan atau kaki

5- Ruam kulit berwarna merah yang pelbagai bentuk

Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit ini akan mengalamami empat atau lima simptom yang disenaraikan di atas.

Kenapa penyakit Kawasaki ini membimbangkan?

Penyakit ini menyebabkan dinding salur darah koronari pada jantung menjadi lemah bengkak dan salah satu rawatan kepada kanak-kanak yang dijangkiti adalah pesakit perlu memakan ubat Aspirin seperti orang dewasa yang mempunyai penyakit jantung.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments