Saturday, June 22, 2024
HomeBERITAKesan pengambilan gula berlebihan

Kesan pengambilan gula berlebihan

Dalam tempoh penularan wabak pandemik COVID-19, pengambilan makanan yang sihat sangat penting demi memastikan ketahanan imunisasi dan menjamin kekuatan tubuh badan.

Ramai di antara kita sedar, pengambilan gula yang tinggi memberi kesan buruk pada kesihatan.

Sarat dengan info kesihatan, perkongsian laman media sosial Facebook @Public Health Malaysia menyatakan pengambilan makanan tinggi gula memberi kesan kepada tindak balas sel putih untuk menyerang kuman.

Ini bermakna sistem tubuh terganggu dan perlu bekerja lebih kuat untuk membenteras bakteria dalam badan.

Gula juga boleh menyebabkan radang dalam tubuh.

Pasti para pengguna sedar dan tahu, jika tidak dikawal jumlah pengambilan gula, akan memberi kesan besar kepada kesihatan dan salah satu impak negatif kepada tubuh badan adalah masalah obesiti.

Berhati-hati dalam pengambilan makanan mahupun minuman manis.

Jika berlebihan, ia mendatangkan penyakit dan memudaratkan kesihatan serta penampilan anda.

Mencegah lebih baik daripada mengubati.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2634432593513263&id=1712327752390423

– THE MALAYA POST –

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments