Wednesday, May 22, 2024
HomeBERITAHaqiem Rusli dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 33

Haqiem Rusli dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 33

Pemilik gelaran Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) 2020 terjawab apabila penyanyi Haqiem Rusli diumumkan sebagai penerima anugerah berprestij kali ke-33 dengan jumlah undian tertinggi secara online oleh peminat bermula 7 Oktober lalu.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Tergantung Sepi, Lembah Kesepian, Bangkit dan yang terkini Adlina Marie menerima 22,332,676 juta undian.

Acara tahunan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil berlangsung secara norma baharu selaras dengan SOP ketat bagi mengekang wabak COVID-19 seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Sebanyak 13 kategori utama dan lima kategori online dipertandingkan pada ABPBH 33 yang bertemakan #ABPBHKITA2020.

Senarai penuh penerima anugerah popular mengikut kategori ialah :

Artis Baharu Lelaki Popular – Cubb E

Artis Baharu Wanita Popular – Isyariana

Pelakon Filem Lelaki Popular –  Zahiril Adzim

Pelakon Filem Wanita Popular – Mawar Rashid

Pelakon TV Lelaki Popular  –  Ben Amir

Pelakon TV Wanita Popular –  Siti Saleha

Penyanyi Lelaki Popular  Xiaomi Malaysia– Haqiem Rusli

Penyanyi Wanita Popular Xiaomi Malaysia – Wany Hasrita

Artis Kolaborasi / Duo Popular – Siti Nordiana & Khai Bahar

Artis Komedi Popular – Sherry Alhadad

Artis Versatil Popular –  Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular – Dj Lin

Pengacara TV Popular – Sherry Alhadad

Ketegori Online

Gandingan Serasi Drama Popular – Uqasha Senrose & Kamal Adli 

Gandingan Serasi Filem Popular – Syafiq Kyle & Mimi Lana (Pusaka)

Lagu Paling Boom Popular – Haqiem Rusli (Lembah Kesepian)

Artis Kontroversi Popular – Aiman Tino

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments