Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAPage kesihatan kesal selebriti promosi ‘vape’ ketika umum pemenang Anugerah Bintang Popular

Page kesihatan kesal selebriti promosi ‘vape’ ketika umum pemenang Anugerah Bintang Popular

Menerusi perkongsian laman media sosial Facebook Public Health Malaysia (PHM), FB Page kesihatan ini menyatakan kekesalan terhadap salah seorang selebriti menggantung beberapa jenis ‘vape’ dileher ketika mengumumkan penerima Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian (ABPBH) ke-33 yang berlangsung dalam norma baharu di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Laman media sosial berkenaan menulis, “Sedih sangat melihat budaya buruk dipromosikan sebegini. Bukan tak ada ahli produksi yang boleh menyaring penampilan selebriti sebelum live di kaca televisyen.

“Usah sembang mengenai pematuhan SOP, jika promosi vape sebegini pun boleh lepas dalam tayangan siaran langsung di TV,” kongsi laman berkenaan.

Semoga perkongsian terbabit memberi kesedaran kepada mana-mana penganjur majlis agar lebih berhati-hati dan sensitif tentang isu kesihatan.

Ya la, majlis berprestij terbabit sememangnya mempunyai pengikut dan jumlah tontonan yang ramai tidak mengira usia.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments