Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,304 kes baharu, satu kematian direkodkan

COVID-19 : 1,304 kes baharu, satu kematian direkodkan

Sebanyak 1,304 kes baharu positif COVID-19 direkodkan hari ini membabitkan 1,300 kes tempatan dan empat kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes positif dalam negara adalah sebanyak 45,095 kes.

Jumlah pesakit discaj adalah 900 orang dan ini menjadikan jumlah pesakit yang telah sembuh serta discaj 32,969 kes.

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 11,822 orang manakala 96 pesakit berada di ICU dan 39 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dilaporkan satu kematian baharu dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 304 kes.

Adalah diharapkan agar orang ramai mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan bermula 9 November lalu sehingga 6 Disember ini.

Ini adalah usaha bagi mengekang seterusnya memutuskan rantaian Covid 19.

#StayAtHome

#BreaktheChain

#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments