Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAGempur PATI, 65 Sekatan Jalan Raya Ops Benteng dan 38,612 kenderaan diperiksa

Gempur PATI, 65 Sekatan Jalan Raya Ops Benteng dan 38,612 kenderaan diperiksa

Sejak 1 Mei sehingga 12 Jun, seramai 723 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), 138 tekong telah ditahan kerana memasuki sempadan negara secara haram terutama melalui lorong-lorong tikus.

Turut ditahan 12 individu yang disyaki penyeludup serta 15 buah kapal.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Twitter MINDEF, 164 orang PATI, enam tekong dan 27 kapal telah berjaya diusir dalam cubaan membolosi kawasan sempadan negara.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pada itu turut membuat 65 Sekatan Jalan Raya Ops Benteng di seluruh negara serta memeriksa 38,612 kenderaan bertujuan mengekang kemasukan PATI.

PDRM dilaporkan berjaya menahan tiga warganegara asing atas kesalahan Imigresen.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments