Sepertimana yang sering dikongsikan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), rakyat Malaysia atau pengembara yang baharu sahaja pulang dari luar negara perlu melalui proses saringan gejala dan pengambilan sampel COVID-19 di pintu masuk antarabangsa.
Memetik perkongsian dari laman Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kesemua mereka ini akan diberikan beberapa arahan yang perlu diikuti, antaranya :
1) Surat arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di rumah
2) Pemakaian gelang tangan (wristband) selama tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah
3)Borang Home Assessment Tool
4) Memastikan pengembara memuat turun aplikasi MySejahtera.
Bagi pengembara pulang dari luar negara, saringan gejala dan pengambilan sampel bagi COVID-19 akan dijalankan di pintu…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, 13 June 2020
Gelang tangan yang diberikan perlu dipakai sepanjang tempoh pengawasan dan pemerhatian di rumah.
Turut ditegaskan, sekiranya gelang tangan terbabit ditanggalkan sebelum tamat pemerhatian tamat, individu berkenaan akan dikenakan tindakan.
Gelang tangan berkenaan hanya akan ditanggalkan oleh pegawai yang diberi kuasa selepas tempoh pengawasan dan pemerhatian.
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply