Baru-baru ini penyanyi Nabila Razali dikecam hebat rentetan suara sumbang ketika menyanyikan lagu terbarunya, Peluang Kedua.
Namun, kurang tiga bulan video muzik Peluang Kedua dilancarkan, kini lagu berkenaan berjaya meraih 7.1 juta jumlah tontonan di aplikasi Youtube!
“Just released my new single #PeluangKedua I hope you guys like it as much as i do. Shout out to all the people that make this project happened. @haelhusaini @wearemfmf @generviekam @universalmusic_my Don’t forget to share, like, comment & hashtag okay! Dah bye nak sambung nangis 😭😭😭,” kongsinya.
Tidak hanya itu, Nabila turut berkongsi pencapaian Peluang Kedua apabila tersenarai dua kali dalam top 10, Recording Industry Malaysia (RIM) dan berada dikedudukan carta nombor satu.
Tahniah Nabila, semoga terus maju dan berjaya ya!
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply