Saturday, May 25, 2024
HomeBERITAGEGAR gesa SPRM siasat secara terperinci penyelewengan peruntukkan kerajaan di MIMOS Berhad

GEGAR gesa SPRM siasat secara terperinci penyelewengan peruntukkan kerajaan di MIMOS Berhad

Gerakkan Anti Rasuah Negara, GEGAR, menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM menyiasat secara terperinci soal penyelewengan peruntukan kerajaan di MIMOS Berhad sebagaimana dibongkarkan hasil siasatan audit oleh Jabatan Audit Negara, JAN pada 24 Julai 2019.

Pengerusinya, Datuk Mohd Ezam Mohd Nor berkata susulan hasil siasatan audit oleh Jabatan Audit Negara, JAN terhadap MIMOS Berhad, JAN telah mengarahkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) supaya menjalankan siasatan terperinci terhadap pihak pengurusan atasan.

Ia termasuk Lembaga Pengarah MIMOS Berhad.

Ia bagi memastikan tindakan diambil terhadap mereka yang bersalah terutamanya yang terlibat dalam penyelewengan dana kerajaan yang disalurkan kepada MIMOS Berhad menerusi Rancangan Malaysia ke 10, RMK 10 dan RMK 11.

Namun kata Datuk Ezam, pihak MITI tidak langsung melakukan apa jua siasatan atau tindakan lanjut berkaitan perkara ini, walaupun ia melibatkan penyelewengan dana kerajaan yang amat besar.

“Kami menuntut supaya satu siasatan menyeluruh terhadap MIMOS terutamanya yang melibatkan perbelanjaan peruntukan kerajaan dibawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Ke-11 berdasarkan butiran permohonan dan pecahan peruntukan yang telah diluluskan dengan memanggil ke semua ketua-ketua projek terbabit untuk di soal-siasat oleh SPRM”, katanya.

Jelas beliau satu siasatan terperinci juga hendaklah dijalankan terhadap projek-projek yang telah diberikan dan dijalankan oleh MIMOS selama ini.

Ia mencakupi kontrak-kontrak yang telah diberikan oleh MIMOS kepada kesemua kontraktor dan pembekal mereka samada harga yang diberikan adalah munasabah dan samada ia melibatkan apa jua unsur
ketidaktelusan dan pilih kasih.

Tambah beliau satu proses rasionalisasi menyeluruh harus diadakan ke atas kesemua pegawai MIMOS terutamanya pegawai-pegawai atasan yg menerima gaji yang tidak setimpal, tidak munasabah dan terlalu tinggi untuk sebuah agensi “non-profit” kerajaan seperti MIMOS, iaitu sebanyak RM51.33 juta bagi
tempoh 2011 hingga 2015.

“MITI hendaklah memanggil kesemua syarikat-syarikat penerima teknologi MIMOS yang terpaksa membayar fi yang mahal kepada MIMOS tanpa mendapat apa-apa manfaat dari MIMOS”, katanya.

“Satu siasatan terperinci dijalankan ke atas segala perbelanjaan MIMOS dan kemerosotan ketara rizab simpanan MIMOS sebanyak RM100juta”.

Jelasnya, pihak SPRM juga harus segera memaklumkan hasil siasatan mereka terhadap laporan yang kami lakukan pada 24 Julai 2019, iaitu 6 bulan lalu.

“Sehingga ke hari ini, kami hanya menerima emel dari pihak SPRM bahawa laporan kami dalam tindakan, namun tiada maklumat lanjut”, katanya.

“Kami memohon pihak SPRM memahami bahawa rakyat menanti tindakan segera pihak SPRM dalam kes-kes penyelewengan yang berlaku semasa pentadbiran lalu. Amat mendukacitakan bahawa tindakan pihak SPRM amatlah perlahan dan tidak menepati kehendak dan aspirasi ketelusan Kerajaan Persekutuan Pakatan Harapan walaupun setelah berlaku pertukaran Ketua Pesuruhjaya”, katanya.

GEGAR akan memanjangkan dokumen hasil siasatan Jabatan Audit Negara berkaitan laporan ini kepada SPRM untuk tindakan lanjut. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments