Friday, November 20, 2026
HomePOLITIKHenti jadi kerajaan drama minggu ini - Ezam Mohd Nor

Henti jadi kerajaan drama minggu ini – Ezam Mohd Nor

Susulan pendedahkan beberapa set rakaman audio perbualan yang membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Datuk Ezam Mohd Nor hari ini mempersoalkan motif sebenar pendedahan oleh SPRM.

Ujar beliau, sekiranya ada jenayah dilakukan, SPRM sebaiknya menyerahkan terus ke mahkamah atau jabatan peguam negara untuk proses pengadilan selanjutnya.

“Mengapa perlu satu jabatan siasatan seperti SPRM mendedahkan kepada umum bahan2 yang berpotensi menjadi barang kes? Apa motif sebenar kerajaan hari ini,” katanya.

“Sejak awal tahun ini, setiap minggu ada sahaja berita gempar dari kerajaan PH ini. Kerajaan ini mahu menjadi kerajaan Drama Minggu Ini?”, soalnya.

“Awal minggu ini Ketua Jabatan Siasatan Jenayah mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan kes video menteri seks sumbang.Ini kenyataan yang entah ke berapa kali”, katanya.

Tambah beliau mengapa perlu banyak kenyataan dan ‘stunt’ daripada badan penyiasat?

Ia seharusnya disiasat secara serius, telus dan profesional kemudian di bawa ke proses pengadilan selanjutnya di Jabatan Peguam Negara dan mahkamah.

Katanya lagi, jabatan penyiasat seperti PDRM, SPRM tidak boleh dibenarkan menjadi badan pengeluar cerita seperti siri drama minggu ini.

Ini kerana PDRM dan SPRM adalah institusi penyiasat negara dan mesti serius serta profesional menjalankan tugas mereka.

“Saya harap ini bukan muslihat politik untuk membentuk fikiran dan persepsi rakyat terhadap kes-kes yg membabit pemimpin kerajaan samada kerajaan lalu atau hari ini. Semua siasatan terhadap semua peminpin mesti dilakukan secara profesional”, katanya.

“Jangan jadikan kerajaan alat politik dan bertindak seperti badan produksi drama minggu ini.Jenayah mesti disiasat dan diadili secara adil dan profesional.Itu asas keadilan dan keutuhan sebuah kerajaan”, katanya.

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments