Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAKontroversi penerbit didakwa melakukan penipuan, rasuah dan manipulasi undian, agensi dan ahli...

Kontroversi penerbit didakwa melakukan penipuan, rasuah dan manipulasi undian, agensi dan ahli kumpulan sepakat bubarkan X1

Kumpulan dari Korea Selatan, X1 memulakan kerjayanya pada 27 Ogos 2019 menerusi lagu berjudul “Flash” dibubarkan setelah lima bulan mengecapi populariti.

Kumpulan k-pop yang menjadi juara menerusi rancangan Mnet “Produce X 101” musim keempat tahun lalu secara rasmi dibubarkan pada 6 Januari.

Selepas program itu, X1 terpaksa berdepan dengan skandal terbesar apabila dua penerbit program itu iaitu Ahn Joon Young dan Kim Young Bum didakwa melakukan kesalahan penipuan, rasuah dan juga memanipulasi undian bagi kumpulan X1.

Berikutan kontroversi itu setiap agensi masing-masing telah berunding dan berbincang sesama sendiri dan bersepakat untuk tidak lagi meneruskan aktiviti X1.

“Hello, this is Play M Entertainment, Yuehua Entertainment, TOP Media, OUI Entertainment, MBK Entertainment, Woollim Entertainment, DSP Media, Starship Entertainment, and Brand New Music.

“The X1 members and each of the agencies negotiated under the condition of unanimous agreement, but we could not come to an agreement, so we have decided on their disbandment.” -CJ&EM

Walau bagaimanapun, tahun lalu kumpulan yang terdiri daripada sebelas orang ahli ini berjaya merangkul anugerah bagi kategori “Global Rookie top 5” dan “Worldwide Fan’s Choice (Top 10)” bagi pencapaian pertama mereka. –THE MALAYA POST

*Subcribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments