Friday, July 19, 2024
HomeBERITAFFM32 dijangka meriah, perkenal tiga kategori baharu

FFM32 dijangka meriah, perkenal tiga kategori baharu

HULU KELANG, 23 Ogos 2022 – Tiga kategori baharu bakal diperkenalkan di pentas Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang bakal berlangsung pada 2 Disember ini.

Ia mencakupi Anugerah Seniwati Sepanjang Zaman, Anugerah Filem Antarabangsa Terbaik, dan Anugerah Filem Pendek Terbaik.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata, penambahan tiga kategori baharu itu adalah untuk meluaskan lagi penyertaan di samping memberi penghargaan kepada penggiat seni.

Ini menjadikan 22 kategori dipertandingkan dan 9 anugerah yang akan disampaikan, selain turut memasukkan elemen-elemen antarabangsa dengan memperkenalkan Anugerah Filem Antarabangsa Terbaik dengan penglibatan juri-juri dari luar negara.

Serentak itu katanya FINAS hari ini membuka pencalonan FFM32 yang akan berlangsung pada 2 Disember 2022 di Melaka dengan tema ’Filem Kita, Citra Kita’.

Tambah beliau penganjuran FFM32 amat signifikan dan memberi makna besar
terhadap industri perfileman negara khususnya dalam meraikan karya-karya serta
sumbangan karyawan tempatan.

”FFM harus diraikan dan dirakyatkan sebagai acara nasional bukan sahaja daripada
aspek penganjurannya tetapi impak kepada penjenamaan filem tempatan sebagai sektor
penting yang menyumbang kepada ekonomi kreatif dan budaya negara,” katanya dalam satu sidang media di Royal yang diadakan di Royal Selangor.

Jelas beliau, penganjuran malam anugerah berprestij FFM32 dengan sokongan Kementerian
Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) merupakan inisiatif Kerajaan membangunkan platform festival filem dalam mengiktiraf dan meraikan kecemerlangan penggiat industri filem tanah air.

Ujar beliau lagi, FFM32 adalah manifestasi kepada usaha Kerajaan melalui K-KOMM dalam memperkasakan industri perfileman negara.

Turut diperkenalkan pada sesi sidang media ialah trofi FFM32 yang direka khas oleh Royal Selangor untuk diberikan kepada semua pemenang setiap kategori dan penerima anugerah.

Untuk rekod Royal Selangor adalah rakan strategik bersama penganjuran sidang media pertama FFM32 pada hari ini.

Pemilihan Melaka sebagai lokasi utama penganjuran adalah cerminan usaha Kerajaan dalam meningkatkan kemajuan ekonomi negeri melalui pelaburan aktiviti perfileman serta pembangunan komuniti.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments