Friday, July 19, 2024
HomeBERITAPM nafi didesak campur tangan dalam kes Najib Razak

PM nafi didesak campur tangan dalam kes Najib Razak

PUTRAJAYA, 23 Ogos – Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menafikan dakwaan wujudnya campur tangan beliau dalam kes rayuan akhir membabitkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

“Tiada, tiada,” jawab Perdana Menteri ringkas ketika ditanya pemberita berhubung dakwaan itu selepas menyempurnakan penutupan Majlis Konsultasi Bajet 2023 hari ini.

Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta yang dihadapi bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujahan dan permohonan yang dikemukakan sepanjang rayuan akhir bermula sejak minggu lalu.–THE MALAYA POST

*Subscribe Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments