Baru-baru ini, viral di laman media sosial apabila visual matahari dikelilingi cahaya dipertontonkan kepada umum.
Ia mendapat reaksi berbeza daripada masyarakat.
Ada yang menerangkan secara saintifik ianya dipanggil fenomena HALO.

Kejadian ini berlaku apabila banyak cahaya matahari ditapis oleh awan cirrostratus.
Juga ada yang menerangkan ianya adalah hasil pembiasan cahaya dari cahaya matahari ke zarah-zarah ais di atmosfera.
Ada juga segelintir pihak menggelarkan pemandangan ini sebagai ‘lingkaran cincin’ dan ‘gerhana cincin pelangi’.

Mereka berkata pemandangan ini biasa berlaku dan pernah melihat sebelum ini.
Rata-rata menzahirkan kekaguman akan keindahan ciptaan yang Maha Esa dan turut berkongsi beberapa foto yang sempat dirakamkan menerusi lensa kamera mereka.


Leave a Reply