Sunday, June 16, 2024
HomeBERITACOVID-19 : Kes kematian ke-21 dalam negara

COVID-19 : Kes kematian ke-21 dalam negara

Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan satu lagi kes kematian pada hari ini (26 Mac).

Terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC)Kebangsaan dan rekod terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak 21 orang setakat ini.

Kes kematian ke-21 (kes ke-1588) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 63 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik.

Pesakit merupakan peserta perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

Pesakit telah mula bergejala dan hadir menjalani saringan pada 22 Mac.

Hasil ujian pengesahan COVID-19 telah didapati positif dan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 23 Mac.

Semasa dalam rawatan, kesihatan pesakit merosot dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac jam 4 pagi.

Al-Fatihah.

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments