Monday, May 20, 2024
HomeBERITAViral perkongsian video mayat “dirampas” dari hospital dan dibawa pulang ke rumah...

Viral perkongsian video mayat “dirampas” dari hospital dan dibawa pulang ke rumah sehingga satu kampung terkena jangkitan COVID-19

Jumlah kematian akibat virus COVID-19 di seluruh dunia meningkat hampir setiap hari.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), cara pengurusan dan pengkebumian jenazah mangsa adalah berbeza dan mengikut “ Standard Operation Procedure” atau SOP yang telah ditetapkan.

Hanya petugas kesihatan dan seorang ketua agama yang dibenarkan untuk berada disitu bagi menyempurnakan jenazah seterusnya dikebumikan.

Menerusi laman media sosial Facebook milik Datuk @Zaharin Mohd Yasin, beliau telah memuatnaik video jenazah wanita COVID-19 yang dipercayai ‘dirampas’ daripada pihak hospital dan dibawa pulang ke rumah bertujuan untuk pemandian dan dikafankan jenazah sepertimana tatacara biasa dalam Islam.

Akibat dari tindakan keluarga mangsa, seluruh kampung dikatakan terkena jangkitan virus COVID-19. Alangkah malangnya!

Tidak dapat dinafikan, pihak keluarga beremosi atas kematian dan upacara pengkebumian yang tidak dapat dilaksanakan seperti kelaziman dalam tatacara Islam.

Namun ini adalah SOP yang perlu diambil dan dipatuhi demi untuk kebaikan dan keselamatan mereka yang terhampir serta masyarakat lain yang masih hidup.

Kesimpulannya, masyarakat perlu ada kesedaran dan usaha untuk meningkatkan pengetahuan tentang bahayanya virus berwabak pantas ini.

Hanya dengan info tepat dan jelas kita dapat merealisasikan usaha mencegah seterusnya memutuskan rantaian COVID-19!–THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments