Sunday, September 8, 2024
HomeBERITAEnam mayat berjaya ditemui, pihak berkuasa New Zealand teruskan pencarian mangsa letusan...

Enam mayat berjaya ditemui, pihak berkuasa New Zealand teruskan pencarian mangsa letusan gunung berapi

Polis New Zealand meneruskan usaha mencari mangsa dalam perairan berhampiran White Island dalam usaha mereka mendapatkan dua lagi mayat, susulan letusan gunung berapi awal minggu ini.

Enam mayat berjaya ditemui semalam selepas pasukan tentera yang memakai topeng gas dana sut hazmat pergi ke pulau itu untuk mengambil mayat dalam misi berisiko tinggi.

Polis berkata, mereka tidak dapat mengambil mayat dua lagi mangsa tetapi berjaya mengesan sekurang-kurangnya satuu mayat dalam air tidak jauh dari pantai.

“Skuad Penyelam Polis dan penyelam tentera laut menyambung tugas pagi ini mencari mayat yang dilihat dalam air Selasa lalu,” kata polis dalam kenyataan.

Polis berkata, mereka tidak akan kembali ke pulau itu untuk memulakan pencarian di darat hari ini, menambah mereka menganalisis semua maklumat yang ada dan menilai langkah seterusnya.

“Perancangan hari ini akan membolehkan kami kembali ke pulau untuk meneruskan pencarian darat, apabila persekitaran di dan sekitar pulau itu membenarkan.

“Pasukan pencari tidak akan ke pulau hari ini,” kata polis.

Gunung berapi yang juga menjadi destinasi pelancongan popular, meletus Isnin lalu, mengeluarkan asap, wap dan gas ke seluruh pulau berkenaan.

Dalam kalangan 47 pelancong di pulau berkenaan ketika kejadian adalah pelancong dari Australia, Amerika Syarikat, Jerman, China, British dan Malaysia.

Jumlah kematian kini 14, dengan dua mayat masih dianggap hilang. — Reuters

SourceReuters
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments