Monday, May 20, 2024
HomeBERITAPerubahan iklim berisiko menjejaskan 19 juta kanak-kanak di Bangladesh

Perubahan iklim berisiko menjejaskan 19 juta kanak-kanak di Bangladesh

Nipa seorang gadis berusia 15 tahun merupakan mangsa perubahan iklim.

Kini dia tinggal bersama suami dan seorang anak di sebuah kampung kecil di Teluk Bengal di Bangladesh.

Pada 2016 sebelum Nipa berkahwin, keluarganya telah kehilangan rumah mereka oleh kerana hakisan sungai.

“Rumah saya berada di berdekatan sungai. Ketika kejadian kami melihat terdapat keretakan muncul di tanah.”

“Ibu saya sempat menyelamatkan beberapa barangan tetapi tidak banyak oleh kerana dalam masa yang singkat hakisan sungai telah memusnahkan segala-galanya,” ujar Nipa

Keadaan ayahnya yang uzur dan sakit menyebabkan dia tidak dapat membantu keluarga. Justeru itu ayahnya memaksa Nipa untuk berkahwin.

“Apabila ayah saya memberitahu tentang perkahwinan tersebut saya merasa sangat sedih”

“Saya belajar di gred 7 pada masa itu. Sekiranya waktu itu saya dapat meneruskan pelajaran saya pasti dapat menjadi seorang guru”

Banjir, taufan dan fenomena perubahan iklim yang lain telah memusnahkan kehidupan ribuan keluarga setiap tahun.

Di Bangladesh, kejadian perubahan iklim menyebabkan kehidupan dan masa depan 19 juta kanak-kanak dalam situasi berisiko.

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments