Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) membuat satu pengumuman akan mengadakan potongan diskaun bagi pelbagai saman trafik jalan raya.
Sempena Perayaan Hari Krismas tawaran diskaun sebanyak 50 peratus itu hanya tertakluk kepada saman yang terpilih sahaja.
Antara saman yang dikecualikan mendapat diskaun adalah seperti berikut:
1. Saman kemalangan
2. Saman berstatus NC (No Compoundable)
3. Saman berstatus waran tahun semasa
4. Saman dalam perbicaraan
5. Saman ops selamat tahun semasa
6. Saman berstatus mahkamah dan saman berkaitan lori
Bermula 24 hingga 26 Disember 2019 proses pembayaran boleh dibuat di Balai Polis Trafik, Jalan Tun H. S. Lee 50000 Kuala Lumpur.
Waktu operasi dibuka pada jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.
Tawaran ini juga dibuat sempena Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.
Leave a Reply