Friday, October 18, 2024
HomeBERITAEmpat tips mudah penjagaan kulit kepala

Empat tips mudah penjagaan kulit kepala

Rambut adalah mahkota wanita.

Hmm.. betullah tu. Tapi jangan tak percaya. Kini, kaum adam juga mengambil berat dan menjaga kesihatan rambut agar berketerampilan menarik. Cayalah abam!

Jom kami kongsi tips mudah mendapatkan kulit kepala bersih dan sihat. Ini penting kerana dari situlah lahirnya rambut yang sihat, lebat dan kuat.

1. Skrub kulit kepala.

Seperti kulit wajah dan badan, kulit kepala juga perlu disental ya. Maklumlah, ia terdedah kepada kekotoran di udara, sarung bantal, mungkin juga pada helmet kepala atau topi yang bertahun tak dicuci 😅. Itu belum dikira sisa gel, krim atau spray yang diaplikasi pada rambut.

Jadi, jangan lupa skrub ya. Menurut pakar, lakukan 1 hingga 2 kali seminggu sudah memadai.

2. Pilih produk bersesuaian dengan masalah kulit kepala.

Setiap dari kita mempunyai masalah rambut berbeza. Masalah keguguran rambut, kulit kepala berminyak, kelemumur dan sensitif sebenarnya boleh diatasi dengan cara mendapatkan produk shampu dan perapi bersesuaian. Pastikan apakah punca masalah bemula dari akar umbi agar anda dapat membuat keputusan betul ketika memilih produk penjagaan rambut.

Jangan terpedaya dengan taktik jualan produk di media sosial dan media masa. Bukan semua produk cantik pada orang lain, sesuai buat kita ya.

Sudah tentu pengambilan supplement atas nasihat pakar bertauliah dan pemilihan makanan berkhasiat sangat membantu.

3. Tonik rambut.

Ini adalah minuman kulit kepala. Amalan pemakaian tonik sebelum tidur menjamin kelegaan dan mengurangkan kerengsaan kulit serta mampu percepatkan pertumbuhan anak rambut.

4. Jumpa pakar.

Sesekali, manjakan dirimu dengan mendapatkan rawatan di salon. Biarkan mereka yang arif membelai dan merawat kulit kepalamu. Tetapi, jika masalah yang dihadapi serius, eloklah berjumpa pakar kulit ya!

Nah! Selesai saja masalah kulit kepala, bolehlah anda beralih tumpuan kepada rambut. Nak warna, inai, rebonding atau dikerinting, katakan saja pada pendandan rambutmu.

Paling penting, amalkan kebersihan kulit kepala dan rambut, pilih produk sesuai dan jangan ragu-ragu untuk mendapatkan khidmat pakar jika masalah berlarutan.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments