Saturday, November 21, 2026
HomeBERITACOVID-19 : 1,116 kes baharu, 1,495 sembuh

COVID-19 : 1,116 kes baharu, 1,495 sembuh

Laporan terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencatatkan 1,116 kes baharu menjadikan kes kumulatif meningkat kepada 334,156 kes.

Catatan baharu hari ini membabitkan 1,108 kes tempatan dan lapan kes import.

Jumlah pesakit discaj pula seramai 1,495 orang dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang telah sembuh serta discaj ialah 318,784 kes (95.40%).

Pesakit yang masih dirawat iaitu Kes Aktif adalah seramai 14,138 orang (4.23%) manakala 156 pesakit berada di ICU dan 60 daripadanya dilaporkan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kes kematian meningkat kepada 1,238 kes (0.37%).

Orang awam dinasihatkan agar mematuhi arahan PKP yang terkini.

Terus amalkan penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka serta jaga kebersihan dan kesihatan diri. Kita boleh lakukannya!

#StayAtHome
#BreaktheChain
#KitaMestiMenang

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

SourceKKM
RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments