Saturday, November 21, 2026
HomeBERITAFacebook bakal perkenal Instagram untuk kanak-kanak

Facebook bakal perkenal Instagram untuk kanak-kanak

Facebook Inc sedang dalam usaha menyediakan input bersesuaian bagi aplikasi Instagram khusus untuk kanak-kanak di bawah usia 13 tahun.

Ia sebagai usaha untuk memastikan produk popularnya itu terus dikenali dan digunakan oleh generasi akan datang.

Joe Osborne, jurucakap Facebook dalam satu kenyataannya berkata, Instagram yang dibeli oleh Facebook hampir sedekad lalu pada harga AS$ 1 bilion telah menjadi salah satu produk paling popular namun gagal menarik pengguna yang lebih muda. Ini berikutan Instagram pada masa ini lebih cenderung kesesuaiannya kepada pengguna berumur berusia 13 tahun ke atas.

Aplikasi baharu itu diumumkan secara dalaman pada hari ini, tetapi belum dilancarkan.

“Semakin banyak anak bertanya kepada ibu bapa jika mereka dapat menyertai aplikasi yang membantu mereka untuk bersama teman mereka. Buat masa ini tidak ada banyak pilihan untuk ibu bapa.

“Oleh itu kami sedang berusaha mempersiapkan produk tambahan. Contohnya Messenger Kids dimana ianya sesuai untuk anak-anak, dengan pengawasan dan diuruskan oleh ibu bapa,” jelasnya.

Messenger Kids merupakan versi aplikasi mesej Facebook untuk remaja yang dikawal ibu bapa. Tetapi kecacatannya adalah membenarkan anak berkomunikasi dengan orang yang tidak diluluskan oleh ibu bapa mereka.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan kerana ia tidak melindungi anak-anak dengan secukupnya.

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments