Wednesday, June 12, 2024
HomeBERITAEmpat anggota baharu terajui EAIC

Empat anggota baharu terajui EAIC

Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik empat anggota baharu Pesuruhjaya Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Perdana Menteri dalam satu siaran akhbar berkata Tan Sri Mohd Sidek Haji Hasaan, Tan Sri Dato’ Zainun Ali, Dato’ John Louis O’hara dan Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod secara rasminya dilantik sebagai anggota EAIC untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Julai lalu.

Selaras pelantikan ini, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Tan Sri Mohd Sidek Hasaan sebagai Pengerusi EAIC dan Tan Sri Dato’ Zainun Ali sebagai Timbalan Pengerusi.

“Pelantikan ini akan memperkukuhkan pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang berintegriti dan efektif dalam kalangan pegawai penguatkuasa dan agensi penguatkuasaan.

“Kerajaan juga merakamkan penghargaan kepada barisan Pesuruhjaya EAIC terdahulu iaitu Dato’ A.Aziz A.Rahim, Dato’ Sabariah Hassan, Prof.Madya Dr.Abang Ekhsan Abang Othman, Lee Sow Sionh, Leong May Chan dan James Deva Nayagam Ghanaratnam,” ujar beliau.

Kenyataan Media Pejabat Perdana Menteri

Dikirim oleh Muhyiddin Yassin pada Kamis, 23 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments