Sunday, June 23, 2024
HomeBERITASPN tawar lebih 10 ribu peluang kerja kepada golongan belia

SPN tawar lebih 10 ribu peluang kerja kepada golongan belia

Skim Perantisan Nasional (SPN) tawar lebih 10 ribu peluang pekerjaan kepada golongan belia di sektor swasta dan kerajaan.

SPN merupakan program kerjasama melibatkan tiga agensi iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Kerja Raya (KKR).

Ianya ditubuhkan bertujuan mengemaskini tenaga kerja melibatkan agensi di bawah KSM seperti Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB).

Program ini turut menawarkan dan membina peluang pekerjaan kepada belia dan bagi mereka yang terkesan daripada pandemik COVID-19.

Golongan belia digalakkan untuk mendaftar melalui laman sesawang rasmi SPN melalui pautan http://ebelia.iyres.gov.my/,” ujar Menteri Sumber Manusia, Dato’ Seri M.Saravanan dalam majlis pelancaran SPN.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato’ Seri Fadillah Yusof, Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Reezal Merican Naina Merican turut hadir ke majlis terbabit.

Majlis Pelancaran Skim Perantisan Nasional merupakan program kerjasama antara Kementerian Belia dan Sukan (KBS),…

Dikirim oleh Kementerian Sumber Manusia pada Selasa, 21 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments