Sejak kebelakangan ini tular di laman media sosial gambar beberapa individu yang perlu menjalani Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (Home Surveillance Order) namun tanpa rasa bersalah berada di tempat awam sekaligus melanggar arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berkuasa.
Analisa data terkini yang diperolehi melalui aplikasi MySejahtera menunjukkan 24.8 peratus daripada jumlah individu yang diletakkan di bawah Home Surveillance Order (HSO) tidak menggunakan fungsi Home Assessment Tool.
Untuk rekod, Home Assessment Tool ini merupakan satu ciri bagi individu menjalani penilaian kendiri yang perlu dilakukan setiap hari selama tempoh kuarantin di rumah iaitu selama 14 hari.
Setakat ini bilangan pengembara yang pulang dari luar negara iaitu Person Under Surveillance yang dikehendaki menjalani HSO adalah seramai 31,674 orang dan jumlah yang sudah tamat tempoh kuarantin adalah 18,416 orang.
Namun daripada jumlah ini, 10 peratus didapati tidak menjalani saringan COVID-19 pada hari ke-13.
Walaubagaimanapun, analisa data melalui aplikasi MySejahtera menunjukkan walaupun jumlah pengguna berdaftar dengan aplikasi MySejahtera didapati terus meningkat dalam tempoh tiga minggu lepas, namun jumlah daftar masuk di premis-premis seperti kedai makan, pasaraya dan sebagainya didapati menunjukkan tren penurunan dan pematuhan terhadap SOP kian berkurangan.
Pemilik premis-premis dan orang awam diingatkan untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan agar kita dapat sama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 di dalam masyarakat.
Kenyataan Akhbar KKM Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Covid-19 di Malaysia, 23 Julai 2020.- 8 kes sembuh- 9 kes…
Dikirim oleh KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA pada Kamis, 23 Juli 2020
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply