Sunday, May 19, 2024
HomeBERITAHIBURANEizlan, Natasha selamat bernikah

Eizlan, Natasha selamat bernikah

PUTRAJAYA: Hanya dengan sekali lafaz pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof, 48, selamat menjadi suami kepada Natasha Rosa Boudville, 29, pada majlis pernikahan yang berlangsung di The Glass Suite, Boraombak Marina, di sini, sebentar tadi.

Memetik laporan Berita Harian, Bapa kepada anak tiga itu menamatkan zaman duda dengan wanita berketurunan Serani yang juga kakitangan pengurusan kanan hotel lima bintang di ibu negara, tepat jam 3.28 petang.

Pasangan itu dinikahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Ajib Ismail dengan disaksikan kira-kira 100 tetamu, termasuk keluarga dan kenalan terdekat.

Pada majlis itu, pengantin perempuan yang memeluk Islam pada Ogos tahun lalu, menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan sebentuk cincin berlian, selain wang hantaran RM12,121.90. Natasha turut menerima lima dulang hantaran, berbalas tujuh.

Eizlan ketika upacara akad nikah yang diadakan di The Glass Suite Boraombak Marina, Putrajaya.

 

 

 

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments