Thursday, June 20, 2024
HomeBERITADua strategi kesan COVID-19 dalam komuniti setempat

Dua strategi kesan COVID-19 dalam komuniti setempat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sarankan dua strategi bagi mengesan dan mengenal pasti aktiviti penularan jangkitan COVID-19 dalam komuniti setempat di Malaysia.

KKM sejak dari awal lagi telah menjalankan persampelan daripada pesakit yang mempunyai gejala Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di hospital dan klinik kesihatan sebagai satu aktiviti survelan jangkitan COVID-19 sejak 2 Februari.

Sebanyak lapan kes positif telah dikenal pasti daripada 1,280 sample yang telah diambil dengan permulaan di lapan klinik kesihatan terpilih.

Aktiviti persampelan ini bertindak sebagai sistem pengesanan awal dan sistem amaran kejadian COVID-19 di Malaysia dan pihak KKM akan terus memperluas serta memperkukuhkan aktiviti ini di Malaysia.

Selain itu, KKM juga menggunakan aktiviti pendekatan tertumpu atau targeted approach untuk membendung penularan jangkitan COVID-19.

Antara aktiviti yang dilakukan adalah pengesanan dikalangan kumpulan berisiko tinggi seperti sekolah tahfiz dan pekerja asing.

Aktiviti pengesanan turut diadakan di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dimana bancian peduduk dan Active Case Detection (ACD) dijalankan dari rumah ke rumah.

2 STRATEGI MENGESAN PENULARAN COVID19 DALAM KOMUNITI…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 21 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments