Sunday, June 16, 2024
HomeBERITAEnam kriteria kawal COVID-19, tamatkan PKP

Enam kriteria kawal COVID-19, tamatkan PKP

Bilangan kes harian menunjukkan trend penurunan yang amat memberangsangkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, tindakan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama, kedua dan ketiga adalah bertepatan kerana negara berjaya menurunkan kes jangkitan di beberapa kawasan setempat.

Kepatuhan masyarakat terhadap PKP adalah amat penting membantu kerajaan menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Ini terutama bagi memastikan tidak berlakunya jangkitan merentas negeri, daerah dan mukim.

Daripada tindakan pro aktif ini kerajaan menubuhkan enam kriteria bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya sekaligus dapat menamatkan pelaksanaan PKP iaitu:

1) Ketatkan kawalan sempadan untuk tangani kes import

2) Kawalan penularan COVID-19 dalam komuniti

3) Memperkasakan sistem kesihatan merangkumi hospital, ICU dan ventilator untuk rawatan kes COVID-19

4) Melindungi individu berisiko tinggi (warga emas, pesakit kronik dan OKU)

5) Mengamalkan langkah-langkah pencegahan jangkitan dengan elakkan perhimpunan dan amalkan penjarakkan sosial

6) Kerjasama Kementerian Kesihatan dengan komuniti untuk langkah-langkah pencegahan

6 KRITERIA UNTUK TAMATKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN1. Kawalan sempadan 2. Kawalan pergerakan 3. Sistem…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 21 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments