Thursday, June 20, 2024
HomeBERITABeli secara berhemah, barangan keperluan harian dijamin mencukupi

Beli secara berhemah, barangan keperluan harian dijamin mencukupi

Berbaki dua hari lagi ramadan bakal tiba, sudah pasti umat islam sedang membuat persiapan terutamanya membeli-belah barangan keperluan harian seisi keluarga.

Dalam keterujaan mengerjakan rukun Islan yang ketiga, orang ramai dinasihatkan supaya membuat perancangan pembelian secara berhemah agar tidak bersesak-sesak sewaktu di pasar ataupun pasar raya.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) sentiasa memantau bekalan makanan harian seperti beras, buah-buahan, sayur-sayuran, telor, ayam, daging dan sebagainya di seluruh negara.

Secara keseluruhannya bekalan barangan keperluan adalah mencukupi dan mampu menampung keperluan secara berterusan.

Oleh itu, orang ramai tidak perlu berasa khuatir kerana pihak kerajaan telah memberi jaminan bekalan makanan dan keperluan harian bagi menyambut bulan ramadan mencukupi.

Haaa, jangan membeli secara panik dan pukal pula ya. Beringatlah pada orang lain juga. Jangan penting diri tau.

Selamat berpuasa semua!

RANCANG PEMBELIAN KETIKA RAMADANOrang ramai disarankan merancang pembelian ketika bulan Ramadan dan mematuhi arahan…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 21 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments