Friday, May 10, 2024
HomeBERITATerus patuhi PKP dalam bulan Ramadan

Terus patuhi PKP dalam bulan Ramadan

Bulan Ramadhan bakal tiba dan umat Islam di Malaysia pastinya akan menyambut ketibaan bulan puasa dalam susasana berbeza pada tahun ini.

Dalam tempoh pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 28 April ini, arahan dan polisi PKP tetap dilaksana seperti biasa.

Tarikh melihat anak bulan Ramadhan menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ditetapkan esok, bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.

Umat Islam akan menyambutnya dalam suasana norma baharu, antaranya melalui e-bazar tanpa ada fizikal bazar Ramadhan seperti saban tahun demi memerangi penularan wabak COVID-19, dan jika tempoh PKP ditamatkan, suasana Ramadan pada tahun ini pasti banyak perbezaannya.

Tahun ini juga tiada solat terawih berjemaah di surau atau masjid dan ini merupakan usaha penting bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media berkata, kepatuhan masyarakat terhadap PKP adalah amat penting dalam membantu kerajaan menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti.

Ini terutama bagi memastikan tidak berlaku jangkitan rentas negeri, daerah dan mukim, malah pematuhan masyarakat terhadap PKP dan seterusnya memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya.

RAMADAN TIBA : TERUS PATUHI PKP

RAMADAN TIBA : TERUS PATUHI PKPTarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia telah ditetapkan esok, bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.Harus diingat, tahun ini tiada solat tarawih berjemaah di surau atau masjid kerana ia antara usaha penting memutuskan rantaian wabak COVID19. Teruskan DUDUK rumah dan patuhi PKP.Sebarang pertanyaan lanjut mengenai PKP boleh hubungi 03-88882010.#COVID19#StayAtHome#MovementControlOrder#PerintahKawalanPergerakan#KitaMestiMenangKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIAKementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, KKMMJabatan Perdana Menteri

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Selasa, 21 April 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments