Tuesday, June 11, 2024
HomeBERITADibenarkan memandu jika lesen tamat tempoh dengan syarat insurans kenderaan masih berkuatkuasa

Dibenarkan memandu jika lesen tamat tempoh dengan syarat insurans kenderaan masih berkuatkuasa

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menyatakan kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Memetik perkongsian dari laman Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) perkara berkenaan berkuatkuasa seperti mana yang telah diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Dato Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong pada 24 Mac yang lalu.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158434765672421&id=194295407420?sfnsn=mo

Pengecualian terbabit termaktub dalam Punca Kuasa Sek.66(1) APJ 1987 (Akta 333).

Sehubungan itu, orang awam dibenarkan untuk memandu kenderaan jika Lesen Kenderaan Motor (LKM) ataupun lesen memandu telah tamat tempoh pada ketika PKP mahupun PKPB dilaksanakan.

Namun kelonggaran ini dibenarkan sekiranya insurans kenderaan masih berkuatkuasa.

Pemandu perlu membawa salinan perlindungan atau ‘e-cover note insurance’ bagi mengelakkan sebarang kejadian atau pemeriksaan dilakukan secara mengejut.

Orang ramai boleh merujuk platfom media sosial rasmi JPJ bagi mendapat sebarang informasi terkini.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments