Saturday, June 15, 2024
HomeBERITAPemaju perlu ambil langkah segera bendung jangkitan COVID-19

Pemaju perlu ambil langkah segera bendung jangkitan COVID-19

Bagi mencegah kejadian kluster terbaharu COVID-19, kluster pekerja asing yang lebih besar di tapak binaan, majikan dan pemaju perlu mengambil langkah segera bagi membendung penularan dari terus berlaku.

Memetik perkongsian dari laman Facebook Public Health Malaysia, bagi mencegah kluster pekerja asing, antara tindakan pihak yang harus diambil oleh pihaka majikan dan pemaju adalah dengan bertanggungjawab dalam memastikan rumah kongsi yang didiami pekerja tidak terlalu padat dan sesak serta sentiasa menjaga kebersihan persekitaran.

Pastikan juga tiada orang luar selain pekerja memasuki dan menumpang di rumah pekerja.

Majikan dan pemaju harus mewujudkan rumah pengasingan untuk pekerja yang sakit dan bergejala.

Bagi mencegah kejadian kluster covid yang lebih besar di tapak binaan, majikan dan pemaju perlu mengambil langkah…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Sabtu, 09 Mei 2020

Majikan dan pemaju juga harus bertanggungjawab membawa pekerja melakukan pemeriksaan awal jika ada di antara mereka jatuh sakit dan menyalurkan maklumat mahupun pendidikan kesihatan kepada para pekerja.

Proses saringan suhu dan gejala harus dilakukan setiap hari selain menyediakan kemudahan tandas, tempat mandi dan pembuangan sisa pepejal yang sempurna.

Kegagalan pemaju untuk mengambil langkah pencegahan mungkin menyebabkan lebih banyak kerugian apabila pesakit dijangkiti dan tapak binaan perlu ditutup.

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments