Perkasa aktiviti pencegahan di rumah

0

Masyarakat perlu memperkasa aktiviti  pencegahan COVID-19 di rumah.

Menerusi perkongsian di laman media sosial Facebook @Public Health Malaysia, antara pengawalan dan pencegahan yang perlu diambil perhatian ialah kluster tukang paip, servis penghawa dingin, penapis air dan buruh renovasi rumah.

Setiap rumah wajar menyimpan dan menyediakan kit yang sesuai digunapakai di rumah.

Perkara pertama sebelum menerima kehadiran mereka memulakan tugas ialah dengan melakukan saringan ke atas pekerja di pintu masuk rumah.

Pengetahuan tentang penggunaan termometer infrared juga perlu supaya bacaan suhu badan dikenalpasti dengan betul.

Kenali apakah bacaan demam, berapakah bacaan normal dan bagaimana pula bacaan yang kurang tepat.

Selain itu, tuan rumah perlu bertanya soalan seperti adakah mereka mengalami demam, batuk, sakit tekak, dan juga kesukaran atau sesak nafas.

Tidak benarkan mereka masuk jika terdapat simptom-simptom dan sarankan mereka melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum memulakan kerja.

Penggunaan hand sanitizer perlu betul dan diamalkan sepanjang menjalankan tugas di rumah anda.

Perlu diingat, semua pihak memainkan peranan penting dalam usaha memastikan pencegahan dan seterusnya memutuskan rantaian pandemik ini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2627242687565587&id=1712327752390423

– THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply