Thursday, May 23, 2024
HomeBERITADenda RM10,000 halang tugas penjawat awam

Denda RM10,000 halang tugas penjawat awam

Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap individu yang enggan memberikan kerjasama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika menjalani proses kuarantin.

Kerajaan telah memutuskan mereka akan didakwa di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali kerana menghalang tugas penjawat awam.

Undang-undang ini juga tidak terkecuali kepada orang awam yang cuba mengingkari dan menghalang tugas-tugas pegawai polis, jururawat, doktor atau mana-mana penjawat awam yang terlibat dalam operasi menangani COVID-19.

TERKINI | TIndakan Tegas Halang Tugas Penjawat AwamTERKINI | Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang dikuarantin jika menghalang tugas penjawat awam.Video: Ihsan RTMSumber: TV3

Dikirim oleh Jabatan Imigresen Malaysia pada Sabtu, 11 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments