Elak jangkitan dari tangan tercemar, pengguna kanta lekap disaran memakai cermin mata

0

Ketika negara berhadapan situasi jangkitan virus berbahaya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sering kali mengingatkan orang ramai agar sentiasa mengamalkan langkah pencegahan.

Ini kerana wabak COVID-19 juga berisiko tinggi boleh dijangkiti menerusi sentuhan, titisan air seperti bersin dan sebagainya.

American Academy of Ophthalmology dalam satu perkongsian di laman Facebook turut menyarankan pengguna kanta lekap untuk bertukar kepada penggunaan cermin mata agar lebih selamat sepanjang tempoh wabak ini.

Penggunaan kanta lekap lebih berisiko kerana kebiasaannya pengguna akan kerap menyentuh mata dan sekaligus ia boleh menyebabkan risiko jangkitan dari tangan yang tercemar.

Menurut info, penggunaan cermin mata bukan sahaja dapat mengurangkan risiko tetapi ia juga dapat memberi perlindungan tambahan kepada mata dari terkena titisan air yang mengandungi virus.

https://m.facebook.com/AcademyEyeSmart/photos/a.90969207462/10158152565112463/?type=3

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply