Monday, June 17, 2024
HomeBERITABantuan RM200 IPT diperluas kepada pelajar tingkatan enam, diploma dan setara

Bantuan RM200 IPT diperluas kepada pelajar tingkatan enam, diploma dan setara

Berdasarkan Pakej Prihatin RM200 yang akan dibayar secara one-off kepada setiap pelajar sepenuh masa Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) yang telah diumumkan pada 27 Mac lalu, kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan bantuan ini kepada pelajar tingkatan enam, pelajar diploma dan yang setara dengannya.

Peruntukan tambahan daripada RM270 juta kepada RM300 juta ini dijangka akan memberi manfaat lebih kurang 1.5 juta pelajar termasuk institusi di bawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Malah bayaran yang dijadualkan pada bulan Mei sebelum ini akan dipercepatkan kepada hujung bulan April kepada pelajar IPT yang layak oleh Kementerian masing-masing.

KENYATAAN MEDIA MENTERI KEWANGANPAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT (PRIHATIN): BANTUAN BERJUMLAH RM300 JUTA…

Dikirim oleh Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu, 11 April 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments