Friday, November 20, 2026
HomeBERITADato’ Wan Ahmad Dahlan dilantik KSU Kementerian Dalam Negeri

Dato’ Wan Ahmad Dahlan dilantik KSU Kementerian Dalam Negeri

Dato’ Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz@Yazid dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berkuatkuasa pada 15 Julai.

Dato’ Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz@Yazid, 54 tahun merupakan graduan berkelulusan ljazah Sarjana Muda Sastera lImu Komunikasi (Kepujian) dari Universiti Airlangga, Surabaya, Indonesia dan ljazah Sarjana Pangajian Strategik dan Pertahanan daripada Universiti Malaya.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 25 tahun sejak mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pengangkutan pada 25 Januari 1995.

Beliau juga berpengalaman luas dalam bidang pengkuatkuasaan, keselamatan dan perkhidmatan awam serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) di Kementerian Dalam Negeri.

Turut direkodkan beliau pernah berkhidmat sebagai Datuk Pengelola Bijaya Diraja di Istana Negara.

Ketua Setiausaha Negara, Dato’ Seri Mohd Zuki Ali berkata berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki oleh Dato’ Wan Ahmad Dahlan mampu menggalas amanah, mendokong misi dan visi KDN dalam memastikan keselamatan dan keamanan dalam negara terjamin dan kesejahteraan rakyat terpelihara.

Tahniah YBhg. Datuk Wan Ahmad Dahlan bin Hj. Ab. Aziz atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berkuatkuasa pada 15 Julai 2020.

Dikirim oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu, 15 Juli 2020

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments