Saturday, June 22, 2024
HomeBERITALebih ketat, lebih bahaya! Kesan buruk pemakaian korset

Lebih ketat, lebih bahaya! Kesan buruk pemakaian korset

Korset menjadi kegilaan wanita pada masa kini bagi memperbaiki postur badan yang cantik dan langsing.

Walau bagaimanapun, ramai yang tidak menyedari bahawa pemakaian korset dalam jangka waktu yang panjang boleh mengundang risiko buruk terhadap kesihatan.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM), penggunaan korset yang ketat boleh mengakibatkan otot belakang tubuh menjadi lemah serta memburukkan masalah sakit pinggang.

Selain itu, ia juga akan menyebabkan tulang rusuk serta organ dalaman seperti perut, usus dan esofagus terhimpit sekaligus pengaliran darah ke buah pinggang dan hati terganggu.

Sekiranya sistem penghadaman terhimpit ia berpontensi tinggi seseorang individu itu mengalami masalah Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) atau pedih ulu hati.

Pemakaian korset seharian juga boleh menyebabkan kulit tubuh iritasi atau kegatalan.

Lebih ketat, lebih bahayaRamai yang sangka dengan pemakaian korset akan memperbaiki postur anda, hakikatnya pemakaian…

Dikirim oleh Public Health Malaysia pada Rabu, 15 Juli 2020

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanah air serta luar negara.

https://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments