Friday, June 14, 2024
HomeBERITAPemandu mabuk bakal dipenjara maksimum 20 tahun, denda maksimum RM150,000

Pemandu mabuk bakal dipenjara maksimum 20 tahun, denda maksimum RM150,000

Pemandu mabuk bakal dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan denda maksimum RM150,000.00.

Menteri Pengangkutan, Dato’ Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong berkata di bawah Seksyen 44 yang baharu, pihaknya telah mencadangkan kadar penjara maksimum ditetapkan buat masa ini selama 10 tahun.

Dengan pindaan kali ini, ia akan ditingkatkan kepada 15 tahun bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua jika disabitkan kesalahan yang berikut.

Manakala kadar denda yang dicadangkan untuk dinaikkan adalah maksimum RM20,000 kepada RM100,000 untuk kesalahan pertama dan kesalahan berikutnya akan dikenakan denda RM150,000.

Tempoh penggantungan lesen juga dicadangkan dinaikkan dari 10 tahun kepada 20 tahun.

PEMANDU MABUK BAKAL DIPENJARA MAKSIMUM 20 TAHUN & DENDA MAKSIMUM RM150,000Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Polis…

Dikirim oleh Majlis Keselamatan Negara pada Rabu, 15 Juli 2020

“Jadi selain daripada ini, seksyen 45A memandu atau menjaga kenderaan motor dengan kepekatan alkohol melebihi had, hukuman penjara akan dicadangkan untuk dijadikan sebagai satu hukuman mandatori kepada mereka yang disabitkan dengan kesalahan dibawah seksyen ini.

“Ini bermaksud kita serius, amaran kita ialah kalau sudah mabuk ataupun mengambil alkohol, jangan memandu dan kita tidak mencabuli hak orang lain untuk minum tetapi bila sudah minum, jangan bawa kenderaan kerana ianya boleh memudaratkan orang lain,” tegas beliau.

Beliau turut memberi amaran dan juga pesanan buat rakyat yang kini mereka komited dan akan pastikan agar keselamatan masyarakat terpelihara.

Terima kasih Dato’ Seri!

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments