Sunday, July 21, 2024
HomeBERITADato’ Alha Alfa berkongsi luahan hati, dirinya difitnah oleh orang tersayang

Dato’ Alha Alfa berkongsi luahan hati, dirinya difitnah oleh orang tersayang

Majlis perkahwinan jutawan muda kosmetik dan jurusolek terkenal selebriti,  Dato’ Alha Alfa bersama pasangan pilihan hati, Datin Noor Azlin pernah mengejutkan para peminat apabila kek perkahwinan mereka yang bernilai RM5000 tumbang ketika sesi bergambar.

Namun hari ini sekali lagi warganet dikejutkan dengan berita perceraian pasangan muda ini.

Berita berkenaan dikongsikan oleh Dato’ Alha Alfa sendiri namun beliau bertindak memadamkan entri berkenaan tidak lama kemudian.

Menurut Alha, beliau berpisah secara baik kerana tiada lagi keserasian.

Alha Alfa turut berkata sebelum ini beliau telah berusaha untuk merahsiakan perkara ini namun setelah seseorang menyebarkan berita ini beliau membuat keputusan untuk berterus terang kepada orang ramai.

Tambahnya setelah mendapat persetujuan dari bekas isteri untuk menulis perkara sebenar dan menamatkan hubungan secara damai, beliau berharap tiada pihak cuba mengeruhkan keadaan.

Menurutnya, perbezaan usia serta kerjayanya yang sentiasa sibuk antara punca hubungan yang dibina selama enam bulan berkecai.

Di samping itu, Alha turut memuat naik luahan di Instastory dan menyatakan dirinya telah difitnah oleh orang yang disayangi.

Alha mengucapkan terima kasih terhadap bekas isterinya kerana sempat membahagiakan dirinya sepanjang bersama dan turut mendoakan bekas isterinya ditemukan dengan seseorang yang mampu memahami kehendak dirinya.

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments