Bagi mereka yang bekerja di barisan hadapan, banyak perkara yang harus dikorbankan malah nyawa menjadi taruhan.
Memetik perkongsian di laman Facebook seorang jururawat bernama Siti Khuzaimah Jaja yang sempat mencoretkan sedikit luahan memberitahu para pekerja kesihatan terpaksa bekerja dari pagi sehingga jam enam petang tanpa henti membantu beratus-ratus orang menjalani proses ‘screening’.
Jika kebiasaannya mereka akan mendapat rehat yang agak panjang pada hari Jumaat (lebih dua jam) namun setelah tersebarnya wabak, mereka hanya mendapat rehat sebanyak lima belas minit setiap seorang untuk makan dan solat secara bergilir-gilir setiap hari.
“Tipu kalau kata tak penat, lembik lencun basah jeruk ore klate kata, boleh perah baju tu.. ingat best ke pakai Full PPE.. nyawo pom xpuah bila pakai mask pakai lagi face shield..” tulisnya.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2773936095977429&id=100000831968994?sfnsn=mo
“Ini adalah tugasan yang telah diamanahkan untuk mereka, rakyat yang lain diberi tugasan yang paling mudah iaitu STAY AT HOME JANGAN KELUAR JANGAN BALIK KG, itu pom tak boleh buat itu pun masih ada segelintir yang degil ! Tak faham aku..” tulisnya lagi.
Siti Khuzaimah mendoakan agar Allah SWT terus menguatkan barisan hadapan terutamanya para petugas Kementerian Keselamatan Malaysia (KKM) untuk terus berkhidmat dan menjalani tanggungjawab yang diamanahkan.
Dalam pada itu, salah seorang wirawati negara ini sempat berkongsi sekeping gambar (ihsan dari sahabatnya) dan menyatakan sambil duduk pun boleh terlelap akibat kepenatan.

Kami dari The Malaya Post mendoakan agar para petugas kesihatan diberi kesihatan yang baik dan dilindungi olehNya.
Jasa kalian tiada tandingnya.
Terima Kasih Wira Negara!
– THE MALAYA POST
* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply