Saturday, July 13, 2024
HomeBERITAWarga Malaysia prihatin! Perkongsian kucing jalanan kelaparan raih perhatian umum, ramai hulur...

Warga Malaysia prihatin! Perkongsian kucing jalanan kelaparan raih perhatian umum, ramai hulur sumbangan

Dalam kita mematuhi perintah kawalan pergerakan agar sentiasa berada di didalam dirumah, mungkin kita terlupa bahawa masih ada makhluk Allah yang memerlukan ihsan ramai.

Seperti perkongsian Ahmad Rashidi di laman Facebook miliknya yang kini sedang tular di laman media sosial menceritakan keadaan beberapa ekor kucing jalanan yang kelaparan rentetan premis menjual makanan ditutup.

“Ia terkesan disebabkan banyak kedai makan tutup. Alhamdulillah arini ronda2 sekitar kuantan (mengikut peraturan kkm) bagi kucing jalanan makan. Happy semuanye ???? harap cukup lah utk diaorg tahan beberapa hari. Nanti kita gi topup lagi ???? tq sookies store sbb bg kerjasama utk beli food feeder dan makanan ????” tulisnya.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3425830337432698&id=100000172955102?sfnsn=mo

Namun warga Malaysia sememangnya ramai yang berhati mulia dan menurut Rashidi, setelah tularnya perkongsian berkenaan dia telah menerima banyak mesej dan panggilan yang ingin membantu menyumbangkan dana bagi membeli keperluan makanan kucing terbiar di sekitar kawasan terbabit.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3428860917129640&id=100000172955102

Hari ini sekali lagi Rashidi memuat naik entri mengatakan kedai menjual barangan penjagaan dan makanan haiwan Rabeena Pink Pet’s Planet telah menyumbangkan satu pek makanan kucing.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3430391293643269&id=100000172955102

Semoga sikap prihatin anak muda ini menjadi contoh kepada kita semua.

Kepada mereka yang menghulurkan bantuan, semoga kalian dimurahkan rezeki????????

– THE MALAYA POST

* Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan berita dan isu semasa tanahair serta luar negara.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

RELATED ARTICLES

Leave a Reply

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments