Dapatkan surat kebenaran polis untuk rentas negeri

0

Ibu bapa dan pasangan jarak jauh digalakkan mendapatkan surat kebenaran polis.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim, ia bagi mengelak sebarang isu ketika perjalanan.

“Ia seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri tempoh hari, mereka (ibu bapa dan pasangan jarak jauh lengkap dua dos vaksin) perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan kriteria ditetapkan, termasuk menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19.

“Bagaimanapun, mereka dinasihatkan mendapatkan surat kebenaran daripada PDRM bagi melancarkan perjalanan masing-masing. Sebaik-baiknya dapatkan surat kebenaran PDRM itu dan bawalah bersama dokumen yang berkaitan,” katanya kepada media semalam.

Jelas beliau, keperluan untuk mendapatkan surat kebenaran PDRM itu bagi mengelak ibu bapa dan pasangan jarak jauh berhadapan kesulitan sekiranya tujuan perjalanan mereka dipersoalkan pihak berkuasa atau pasukan keselamatan lain selain PDRM.

“Petugas PDRM di sekatan jalan raya pasti akan menyoal tujuan perjalanan mereka dan memeriksa sijil digital lengkap dua dos vaksin di aplikasi MySejahtera, dan cukup atau tidak kriteria yang yang ditetapkan dalam SOP.

“Namun, kita bimbang juga akan ada timbul kekeliruan, kerana mungkin timbul interpretasi (tafsiran) berbeza di peringkat bawahan atau pasukan keselamatan lain seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sebagainya,” katanya. –THE MALAYA POST

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.syabu dianggarkan 11.90 gram.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply