Jumlah kes harian COVID-19 kembali melebihi 20,000 apabila 20,780 kes baharu dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini meningkat kepada 1,320,547 kes.
Beliau berkata, semua negeri mencatatkan pertambahan kes hari ini dengan tujuh negeri melaporkan kes harian empat angka iaitu Selangor dengan 6,921 kes, diikuti Kuala Lumpur 2,065 kes.
Sehingga 11 Ogos 2021: Jumlah kes COVID-19 adalah 20,780 kes (1,320,547 kes).
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 6,921 (485,014)
WPKL – 2,065 (146,410)
Johor – 1,693 (104,721)
Sabah – 1,514 (97,979)
Sarawak – 634 (83,387)
Negeri Sembilan – 1,015 (81,571) pic.twitter.com/cLoOcfLTpO— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 11, 2021
“Selain itu, Johor sebanyak 1,693 kes, Kedah (1,534), Sabah (1,514), Pulau Pinang (1,385), Kelantan (1,284) dan Negeri Sembilan (1,015).
“Turut mencatatkan kes baharu, Perak sebanyak 828 kes, Melaka (636), Sarawak (634), Terengganu (613), Pahang (585), Putrajaya (41), Perlis (29) dan Labuan (tiga),” katanya di Twitter. –THE MALAYA POST
*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.syabu dianggarkan 11.90 gram.
htpps://m.youtube.com/c/themalayapost