Cuba rentas daerah untuk seludup syabu

0
Gambar hiasan

Tindakan seorang lelaki cuba merentas daerah dengan membawa sejumlah dadah tidak berjaya apabila ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) dekat Ulu Bendul, di sini, malam tadi.

Cubaan untuk menyeludup dadah jenis syabu gagal apabila ditahan dalam sekatan jalan raya (SJR) dekat Ulu Bendul malam tadi.

Turut dirampas syabu dianggarkan 11.90 gram.

Kejadian berlaku di SJR antara Seremban dan Kuala Pilah.

Tiga anggota polis dibantu tiga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat tangkapan terhadap seorang lelaki di SJR di Ulu Bendul menghala ke Kuala Pilah.
“Hasil pemeriksaan di dalam kereta dinaiki suspek, kami menemui satu beg kecil mengandungi 22 paket plastik lutsinar mengandungi dadah disyaki syabu dengan anggaran berat 11.90g.
“Turut ditemui satu peralatan diubahsuai untuk menghisap syabu dan dia turut didapati positif dadah jenis methaphetamine”, katanya.
Suspek direman empat hari bermula hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. –THE MALAYA POST

 

*Subscribe The Malaya Post Youtube Channel untuk perkembangan dan isu semasa tanahair serta luar negara.syabu dianggarkan 11.90 gram.

htpps://m.youtube.com/c/themalayapost

Leave a Reply